SMK Derma Sekolah Terbaik STPM 2017 Negeri Perlis

Keputusan STPM 2017 telah diumumkan pada 6 Mac 2018. SMK Derma telah mencatatkan GPS tertinggi iaitu 3.10, menjadikan sekolah pertama daripada 11 buah sekolah di negeri Perlis memperoleh keputusan lulus penuh 100 peratus (Empat Prinsipal).

SMK Derma telah dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik STPM 2017 negeri Perlis.

Seorang pelajar SMK Derma, Muhammad Asyraf bin Rosmidi juga telah memperoleh PNGK 4.00 yang menjadikannya antara 5 pelajar terbaik negeri Perlis yang mencatatkan keputusan yang sama.

Tahniah pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Derma
Derma Must Be Number 1