Sejarah

SMK Derma merupakan Sekolah Inggeris yang pertama di Perlis. Sekolah ini yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Inggeris Derma atau Derma English School telah ditubuhkan pada tahun 1946 dan dirasmikan pembukaannya oleh DYMM TuankuRaja Perlis pada bulan Januari 1949.

Sekolah ini ditubuhkan atas idea daripada DYMM Al-Marhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalulail, Raja Perlis pada ketika itu dan inisiatif bekas Menteri Besar Perlis, iaitu Tan Sri Dato’ Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim hasil sumbangan derma daripada orang ramai melalui “Tabung Derma Pelajaran”.

Pada peringkat awal sekolah ini hanya sebuah bangunan kayu beratap rumbia mengandungi 4 bilik darjah dan 2 buah rumah guru. Jumlah muridnya 180 orang iaitu 129 lelaki dan 51 perempuan. Pengetua pertamanya ialah En.P.M.Ibrahim.

Pada tahun 1952, Jawatankuasa sekolah memutuskan supaya pentadbiran sekolah diserahkan kepada kerajaan kerana masalah kewangan. Penyerahan dipersetujui dengan syarat nama “DERMA” dikekalkan. Mulai tahun 1953 sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan dan mengalami perubahan yang pesat.