Rumah sukan Sheikh Ahmad Juara

Kejohanan sukantara antara rumah sukan peringkat sekolah secara rasminya menutup tirai pada petang tadi (31 Januari).

Kejohanan kali ini lebih meriah dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar.

Rumah sukan Sheikh Ahmad (Hijau) telah mengutip mata tertinggi iaitu 867 mata diikuti rumah sukan Sekolah (Biru) di tempat kedua, Perlis (Merah) tempat ketiga dan Raja (Kuning) ditempat keempat.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan kejohanan pada kali ini.