Piagam Sekolah

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DERMA

Kami warga SMK Derma, Perlis berikrar dan berazam akan melaksanakan amanah untuk mempertingkatkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani anak didik kami menerusi pendidikan serta perkhidmatan yang sempurna dan cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara seperti berikut;

  1. Memastikan semua prasarana sekolah berada dalam keadaan baik dan berfungsi sebelum sesi persekolahan bermula.
  2. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bermula pada hari pertama sesi persekolahan.
  3. Memastikan setiap murid mendapat buku teks sebelum sesi persekolahan bermula
  4. Memastikan setiap murid mendapat satu kerusi dan satu meja pada hari pertama persekolahan.
  5. Memastikan guru-guru berada di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  6. Memastikan guru menghabiskan sukatan pada bulan Jun (kelas peperiksaan) dan September (kelas bukan peperiksaan).
  7. Memastikan guru-guru memberi latihan yang cukup dan berkualiti kepada setiap murid.
  8. Memastikan latihan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 1 minggu.
  9. Memastikan semua mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan dalam minggu terakhir cuti sekolah sebelum sesi persekolahan bermula.
  10. Memastikan semua jawatankuasa bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
  11. Memastikan sekolah melaksanakan peperiksaan 3 kali setahun
  12. Memastikan keputusan ujian diserahkan kepada waris selewat-lewatnya 3 minggu dari tarikh akhir ujian.
  13. Memastikan setiap murid melibatkan diri dalam satu kelab/persatuan, satu badan beruniform dan satu sukan dan permainan.
  14. Memastikan sekolah selamat dan kelas kondusif untuk P&P sepanjang tahun.
  15. Memastikan setiap pelanggan mendapat layanan khidmat kaunter yang cepat dan mesra.
  16. Memastikan setiap aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari
  17. Memastikan setiap arahan dan surat diambil tindakan dalam tempoh 3 hari.
  18. Sentiasa mewujudkan kerjasama dengan JPN, PIBG, masyarakat setempat dan agensi luar.