Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

             Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, kita dapat meneruskan perjuangan untuk mencemerlangkan sekolah tercinta ini pada tahun 2020.  Marilah kita semua berganding bahu, satu haluan sehaluan, memperbaharui keazaman pada tahun 2020  untuk terus memegang slogan “ Derma Must Be No.1”.

             Portal rasmi ini merupakan suatu inisiatif untuk mencemerlangkan kualiti pengurusan sekolah. Isi kandungan portal ini juga merupakan garis panduan kepada guru-guru dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Portal rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya dapat dicapai di mana jua tanpa mengira had masa.  

            Saya berharap agar semua warga pendidik, murid, Alumni dan orang awam  dapat merujuk portal rasmi ini untuk maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak warga pendidik  dan juga orang awam.  

            Saya mengambil kesempatan ini  untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat  dalam menghasilkan portal rasmi ini

             Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada pihak anda semua dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam portal ini.

Wassalam

FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Derma,

01000 Kangar, Perlis.