PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2019

Pada tahun ini pendaftaran pelajar Tingkatan 1 2019 dibuat pada tarikh 1 Januari 2019. Kesemua guru dan barisan pentadbiran termasuk Pengetua SMK Derma, Pn Fauziah Binti Abdul Hamid dan Yang Dipertua PIBG, Tn Haji Marzuki Bin Othman hadir bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar baru Tingkatan 1. Seramai 106 pelajar yang datang dari serata negeri Perlis berjaya mendaftar pada tahun ini. SMK Derma menyediakan 6 kelas Dual Language Program (DLP) bagi subjek Matematik dan Sains yang menawarkan subjek elektif seperti Muzik, Pendidikan Seni Visual, Rekabentuk dan Teknologi dan Asas Sains Komputer. Selamat menjadi warga DERMA. Teruskan kecemerlangan anda!!!