MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2019

Mesyuarat Guru kali pertama untuk tahun 2019 telah diadakan pada 26 Disember 2018. Pada tahun ini SMK Derma telah menerima beberapa pertukaran guru yang masuk dan keluar. Guru yang keluar ialah Pn Naimah yang bertukar ke SMK Guar Nangka manakala guru yang masuk ialah Encik Mohamad Noor Bin Man, Guru Kanan Teknik dan Vokasional dari Matrikulasi Arau, Encik Mohd Saiful Bahri, guru Pendidikan Jasmani dari SMK Putra, Pn Fazilah Dahman, guru Bahasa Inggeris dari SM Teknik Melaka dan Pn A’tikaf Binti Saad, guru Bahasa Melayu dari SMK Seri Mahkota, Pahang.

Tahniah juga kepada guru-guru yang mendapat kenaikan pangkat pada tahun ini. Semoga menjadi motivasi dan dorongan dalam mendidik anak DERMA ke mercu kejayaan. Tahniah!!!