Tarikh : 13 Januari 2020 Masa : 7.30 pagi

Dirasmikan Oleh : Tuan ASP Abdul Syukor Bin Yusoff

Majlis Pelantikan Pengawas diadakan bagi memberi watikah pelantikan kepada Pengawas sekolah agar tugas dan tanggungjawab mereka diiktiraf oleh pihak sekolah. Pada tahun ini, saudara AHMAD AMIRUL ZHARIF BIN AHMAD RAHIM telah dipilih sebagai Ketua Pengawas manakala saudara MUADZ MIRZA BIN FARIZUL pula sebagai Penolong Ketua Pengawas Lelaki dan saudari AIN NAJWA BINTI ABU BAKAR sebagai Penolong Ketua Pengawas Perempuan. Majlis pada tahun ini menyaksikan seramai 85 orang pelajar telah dipilih sebagai pengawas untuk tahun 2020. Tahniah diucapkan, semoga pengiktirafan ini dapat meningkatkan tahap motivasi untuk menjalankan tugas dengan baik serta meningkatkan imej sekolah kita.