Majlis Watikah Pelantikan Pengawas tahun 2019

Tarikh : 7 Januari 2019
Masa : 7.30 pagi
Dirasmikan Oleh : Tuan ASP Abdul Syukor Bin Yusoff

Majlis Pelantikan Pengawas diadakan bagi memberi watikah pelantikan kepada Pengawas sekolah agar tugas dan tanggungjawab mereka diiktiraf oleh pihak sekolah. Pada tahun ini, saudara Muhammad Aiman Bin Muhammad Afandi telah dipilih sebagai Ketua Murid manakala saudara Mridhul Nair A/L Baskaran pula sebagai Penolong Ketua Murid. Saudari Alia Natasha Binti Salleh pula dipilih sebagai Ketua murid (P) manakala saudari Mirza Fatini Binti Osman dipilih sebagai Penolong Ketua Murid (P).

Majlis pada tahun ini menyaksikan seramai 82 orang pelajar telah dipilih sebagai pengawas untuk tahun 2019. Tahniah diucapkan, semoga pengiktirafan ini dapat meningkatkan tahap motivasi untuk menjalankan tugas dengan baik serta meningkatkan imej sekolah kita.