Majlis Perasmian Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Derma Kali Ke-56 Tahun 2018

13 Februari : Majlis Perasmian Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Derma Kali Ke-56 dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku yang diiringi oleh pasukan pancaragam sekolah. Seterusnya upacara perbarisan lintas hormat badan beruniform dan rumah sukan dimulakan. Bendera kejohanan dinaikkan dan ikrar kejohanan dilafazkan.

Bacaan doa dipimpin oleh saudara Syed Ahmad Muaz. Seterusnya majlis diteruskan ucapan aluan pengetua SMK Derma dan ucapan perasmian oleh wakil Pengarah Pendidikan Perlis.

Majlis perasmian diteruskan dengan persembahan tarian dan silat daripada pelajar-pelajar SMK Derma. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah acara 800 m (L3, L2 dan L1)