Konsert Pancaragam SMK Derma dihadiri Pengarah Muzik RTM

The Art of Music, konsert yang dibawakan oleh pasukan pancaragam sekolah, Derma Cluster School Marching Band – DCSMB telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Syed Mahmood, SMK Derma.

Konsert ini turut dihadiri Pengarah Muzik RTM yang juga merupakan alumni Sekolah Menengah Derma, Dato’ Mokhzani Ismail ( Pianist DM ). Konsert ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penonton yang terdiri daripada guru-guru, ibu bapa, alumni, komuniti dan pelajar-pelajar SMK Derma serta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah.

Penonton disajikan dengan persembahan muzik pancaragam, colorguard dan busker sekolah. Konsert yang bermula jam 8.55 malam ini diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Dato’ Mokhzani Ismail kepada pemimpin dan band major pancaragam sekolah serta sesi bergambar kenang-kenangan.

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan konsert The Art of Music yang pertama kali diadakan do SMK Derma.