Kejohanan Sukan Tahunan Balapan dan Padang SMK Derma Melabuhkan Tirai

14 Februari : Kejohanan Sukan Tahunan Balapan dan Padang SMK Derma secara rasminya melabuhkan tirai pada petang tadi. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pelajar telah dapat menjayakan kejohanan yang paling terbaik sepanjang tempoh 4 tahun yang lalu.

Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Derma adalah seperti berikut:

Johan : Rumah Sheikh Ahmad (hijau)
Naib Johan : Rumah Raja (kuning)
Ketiga : Rumah Perlis (merah)
Keempat : Rumah Sekolah (biru)

Keputusan kesuluruhan sukan tahunan sekolah ( merangkumi kejohanan merentas desa, kejohanan sukantara dan kejohanan balapan padang ) pula adalah seperti berikut:

Juara : Rumah Raja (kuning)
Naib Juara : Rumah Sheikh Ahmad (hijau)
Ketiga : Rumah Perlis (merah)
Keempat : Rumah Sekolah (biru)

TAHNIAH diucapkan kepada semua pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam kejohanan pada kali ini.

WARGA SMK DERMA MENGUCAPKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG SETINGGI-TINGGINYA KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DERMA TAHUN 2018.