Jemputan Ke Majlis Perasmian Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Derma Tahun 2018

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DERMA TAHUN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Derma akan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Derma Tahun 2018 pada 12 hingga 14 hb Februari 2018.

Pihak sekolah berbesar hati menjemput pihak tuan/puan untuk hadir mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 13hb Februari 2018 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah SMK Derma

____________________________________________

JEMPUTAN KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DERMA TAHUN 2018

Untuk memenuhi KPI dengan penglibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK), pihak sekolah menjemput tuan/puan hadir pada:

12.2.2018 (Isnin) – 3.00 – 6.00 petang
13.2.2018 (Selasa) – 8.00 pagi – 6.00 petang
14.2.2018 (Rabu) – 3.00 – 6.00 petang

Tempat: Padang Sekolah SMK Derma

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

SMK DERMA Kangar Perlis