header image

All posts in July, 2013

Majlis pelancaran tabung mahabbah telah diadakan pada 15 Julai 2013 lalu.Tujuan mengadakan pelancaran tabung mahabbah ini adalah untuk menghebahkan kepada guru serta pelajar jika ingin memberikan sedikit sumbangan sempena bulan ramadhan ini.Tabung mahabbah ini akan bergerak sepanjang bulan ramadhan ini.Wang yang diperolehi daripada kutipan tabung mahabbah ini akan disalurkan kepada pelajar-pelajar SMK Derma yang kurang berkemampuan serta  memerlukannya.

Perhimpunan kohort telah diadakan pada hari ini di mana semua pelajar tingkatan dua berkumpul dia antara blok   A dan blok B.Setelah nyanyian lagu negaraku serta negeri dinyanyikan,bacaan ikrar yang diketuai oleh pegawas dijalankan.pada perhimpunan kohort kali ini,wakil pelajar dari kelas 2 waja telah mempersembahkan ‘story telling, serta nyanyian lagu bahasa inggeris.Perhimpunan diteruskan dengan program ambang ramadhan oleh ustazah hazora.Ustazah hazora menerang serba sedikit serta menyentuh tentang persepksi ramadhan.Selepas itu,encik Zulkifli selaku PK HEM memberikan sepatah dua kata untuk mengingatkan pelajar serta menasihati pelajar mengenai disiplin pelajar.Perhimpunan ditamatkan dengan lagu sekolah bestari dan lagu sekolah Derma.Pelajar 2 cekal diingatkan akan giliran mereka untuk membuat persembahan untuk perhimpunan kohort seterusnya.

Program Jaya Waris dan Penyerahan Buku Laporan Adab Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar tingkatan 5 Tahun 2013 telah diadakan pada hari Rabu, 26 Jun 2013 bertempat di Dewan SMK Derma.

Slot pertama program dimulakan dengan ceramah keibubapaan yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak. Beliau merupakan Ketua Jabatan, Pusat Kajian Sosial, Universiti Utara Malaysia. Beliau berkongsi tentang bagaimana cara menjadi waris cemerlang untuk melahirkan anak yang cemerlang. Antara pengisian ceramah beliau juga adalah tips-tips bagaimana merangsang kejayaan anak-anak, bagaimana menegur anak-anak sekiranya mereka melakukan kesalahan dan sebagainya. Pengisian yang telah diberikan oleh penceramah jemputan ini amat bermanfaat dan dapat dijadikan panduan oleh para ibu bapa dan guru. Para pelajar juga turut diberi perkongsian serta kesedaran tentang perlunya menghargai ibu bapa untuk mendapat keberkatan dalam setiap lapangan yang mereka ceburi dan yang paling hampir mendapat redha para ibu bapa sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan nanti.

Ucapan Tuan Pengetua dimulakan dengan pembentangan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2013. Tuan Pengetua juga membentangkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan untuk para pelajar SPM 2013. Seramai 37 orang pelajar BERLIAN PLUS dan BERLIAN DERMA turut diumumkan oleh Tuan Pengetua agar dapat memberi satu suntikan semangat untuk pelajar lain agar berusaha mencapai keputusan yang cemerlang seperti pelajar BERLIAN PLUS dan BERLIAN DERMA. Tuan Pengetua juga turut mengumumkan seramai 8 orang pelajar paling cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dibawa untuk ke satu Program Khas iaitu ’Hi-Tea With Principal’ yang akan diadakan di Hotel Putra Palace pada 3 Julai 2013.

Pada majlis ini juga, Tuan Pengetua telah menyampaikan sijil kecemerlangan kepada 5 orang pelajar yang Berjaya mendapat semua A dalam semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tuan Pengetua juga turut menyampaiakn ’button badge’ kepada 25 orang pelajar BERLIAN PLUS DERMA iaitu para pelajar yang mendapat pencapaian paling minima C+ dan juga pelajar BERLIAN DERMA, iaitu pelajar yang mencapai keputusan minima C dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.Pada majlis ini juga, Tuan Pengetua telah menyampaikan sijil kecemerlangan kepada 5 orang pelajar yang Berjaya mendapat semua A dalam semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tuan Pengetua juga turut menyampaiakn ’button badge’ kepada 25 orang pelajar BERLIAN PLUS DERMA iaitu para pelajar yang mendapat pencapaian paling minima C+ dan juga pelajar BERLIAN DERMA, iaitu pelajar yang mencapai keputusan minima C dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Program Jaya Waris dan Penyerahan Buku Laporan Adab Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar tingkatan 3 Tahun 2013 telah diadakan pada hari  Selasa, 25 Jun 2013 bertempat di Dewan SMK Derma.

Slot pertama program dimulakan dengan ceramah keibubapaan yang telah disampaikan oleh Tn Hj Mokhtar bin Abdul Rashid. Beliau merupakan seorang Pengarah sebuah Konsultan daripada Alor Setar. Mempunyai pengalaman berceramah berkenaan dengan keibubapaan di banyak buah sekolah sekitar Utara tanah air. Beliau berkongsi tentang bagaimana cara menjadi waris cemerlang untuk melahirkan anak yang cemerlang. Antara pengisian ceramah beliau juga adalah tips-tips bagaimana merangsang kejayaan anak-anak, bagaimana menegur anak-anak sekiranya mereka melakukan kesalahan dan sebagainya.  Pengisian yang telah diberikan oleh penceramah jemputan ini amat bermanfaat dan dapat dijadikan panduan oleh para ibu bapa dan guru.  Para pelajar juga turut diberi perkongsian serta kesedaran tentang perlunya menghargai ibu bapa untuk mendapat keberkatan dalam setiap lapangan yang mereka ceburi dan yang paling hampir mendapat redha para ibu bapa sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan nanti.

Ucapan Tuan Pengetua dimulakan dengan pembentangan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 3 Tahun 2013.  Tuan Pengetua juga membentangkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan untuk para pelajar PMR 2013.  Seramai 8 orang pelajar BERLIAN PLUS dan 20 BERLIAN DERMA turut diumumkan oleh Tuan Pengetua agar dapat memberi satu suntikan semangat untuk pelajar lain agar berusaha mencapai keputusan yang cemerlang seperti pelajar BERLIAN PLUS dan BERLIAN DERMA.  Tuan Pengetua juga turut mengumumkan seramai 8 orang pelajar paling cemerlang dalam  Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dibawa untuk ke satu Program Khas iaitu ’Hi-Tea With Principal’ yang akan diadakan di Hotel Putra Palace pada 3 Julai 2013.

Pada majlis ini juga, Tuan Pengetua telah menyampaikan sijil kecemerlangan kepada 2 orang pelajar yang Berjaya mendapat semua A dan 7A 1B seramai 6 orang  dalam semua mata pelajaran dalam  Peperiksaan Pertengahan Tahun.  Tuan Pengetua juga turut menyampaiakn ’button badge’ kepada 8 orang pelajar BERLIAN PLUS DERMA

 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS JAYA WARIS PMR.

2013-06-25 11.49.57

2013-06-25 12.32.18 2013-06-25 12.49.43 20130625_125138 20130625_132238 20130625_132320 20130625_132800